IronMan ditubuhkan sejak tahun 2009 di sekitar Kuala Lumpur oleh lima pemuzik yang berkongsi minat yang sama dalam memainkan muzik aliran berat. Di awal penubuhannya, IronMan bergiat cergas dalam banyak acara “Battle of the Bands” dan sering melayakkan diri ke peringkat akhir. Dari situ nama IronMan mula dikenali dikalangan pemuzik dan peminat muzik rock / metal tempatan.
Dianggotai oleh Shahril (vokal), Deadzid (gitar), Pyan (gitar), Yusman (bass) dan Alend (drum), mereka telah mengadakan banyak persembahan live di sekitar Lembah Kelang yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti HELP Institute, Taylor’s College, MPSJ, dan DBKL. IronMan juga berpeluang mendapat khidmat Tam Spider selaku mentor band ketika memasuki pertandingan “Raja Band 2015” anjuran DBKL.




