0

Episode 1

Ini adalah vlog pertama IronMan band dalam siri di belakang tabir pembikinan EP 2020. Untuk tahun ni, kami plan nak dokumenkan perjalanan music kami supaya dapat dikongsikan dengan anda semua.

View on YouTube

Projek recording ni dah mula sejak July 2018, di mana kami dah pun siap record part bass dan guitar untuk lagu pertama yang diberi judul Jiwa Dunia. Tapi oleh kerana ada beberapa isu yang tak dapat dielakkan, projek ni sangkut di tengah jalan.

Jiwa Dunia session: Guitar & bass tracking in Shah Alam

Namun tahun ni, kami dah tekad untuk sambung balik projek terbengkalai ni. So, pada 25 Januari 2020, kami masuk Hot Sound Studio (Wangsa Maju) untuk rekod part vocals pulak. Sekarang semua track yang dah siap rakam tu telah diserahkan pada mixing engineer kami untuk proses adunan dan mastering.

Jiwa Dunia session: Vocal tracking at Hot Sound Studio

Pada 22 Februari lepas, kami dah mula rekod untuk lagu ke-2 yang berjudul Pencarian. Semua track guitar, bass dan vokal dah siap dirakam, dan akan dihantar pada mixing engineer dalam masa terdekat.

Sekian sahaja update buat masa ini, semoga anda bakal terhibur dengan release kami nanti. Stay tuned, and keep supporting us!